Ikan ketutu atau nama saintifiknya oxyeleotris marmoratus. Ia juga di kenali sebagai ikan ubi,ikan hantu bagi masyarakat Melayu atau nama dalam bahasa Cina"Soon Hock".Harga ikan ketutu hidup mencecah RM 70.00- RM 90.00 sekilogram.Ikan ini bolah mencecah sehingga RM 400.00 apabila ia siap di masak dan dihidangkan di restoran terkemuka. Mengikut kajian keperluan pasaran adalah 20 tan sebulan. Masyarakat cina percaya ikan ini mempunyai banyak khasiat tersendiri terutamanya dalam melancarkan perjalanan darah. Masyarakat cina mengemarinya kerana isinya manis dan lazat serta teksur dagingnya halus dan berwarna putih. Ikan ini mengambil masa 10 bulan untuk mencapai berat yang di kehendaki oleh pasaran 800-1kg.Ikan ketutu merupakan golongan spesies ikan air tawar yang komersial.
Diantara kelebihan ikan ini ialah mempunyai daging yang manis dan lazat juga halus dan berwarna putih. Kebanyakan penggemarnya mengatakan bahawa daging ketutu mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan tubuh badan.
Disamping itu juga, khasiatnya menyamai khasiat seperti makanan esotik yang lain.Masakan yang popular bagi ikan ketutu ialah ‘masak kukus halia + bawang putih(steam)’.Namun untuk proses masakan ikan ketutu ini,mestilah segar dan dimasak pada hari yang sama,ikan yang telah lama mati harganya akan jatuh kerana dipercayai kurang sedap untuk dimakan.
Habitat utamanya adalah di sungai, tasik dan lombong tinggal. Saiz maksimum ikan ketutu mencecah hingga 8 inci dan berat maksimum mencecah 2 kg seekor.
Nama panggilan lain yang biasa orang kebanyakkan ikan ini ialah Marble goby atau lebih dikenali haruan bodoh, ikan ubi dan ikan hantu.
Antara faktor yang menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi,ialah kerana kurang penternak,dan proses menternak yang sangat rumit jika dibandingkan dengan ikan-ikan lain.Penjagaan air adalah sangat penting.Di samping itu,pelbagai penyakit dan kematian secara mengejut juga sering berlaku.